Selamat Datang

Rabu, 4 Mei 2016

PROGRAM PEMANTAPAN MINDA SIRAK MIKRAJ

TARIKH: 5 MEI 2016 (KHASMIS)
MASA   :10.05 PAGI - 11.35 PAGI
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK BRICKFIELDS 1



 
Ustaz Zaidi menyampaikan ceramah berkaitan
'Peristiwa Israk Mikraj'


Ustazah Salwa memberikan ceramah berkaitan 'Solat'








Aktiviti mewarna poster Israk Mikraj

AKTIVITI KOKURIKULUM SKB1

Perjalanan aktiviti kokurikulum murid SKB1 masih diteruskan dengan aktiviti dalaman berikutan cuaca yang panas.



Murid telah diingatkan untuk mengambil air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

TAJAAN MINUMAN MILO OLEH NESTLE

Murid gembira dapat menikmati secawan Milo.





TENAGA UNTUK MELANGKAH JAUH...

LDP PENGGUNAAN VLE-FROG DALAM PdP

Disampaikan oleh:
Encik S'aleh B Osman
PKG Bangsar 
 
 

CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN DAN PROGRAM MEMBERUS GIGI



Taklimat berkaitan kesihatan pergigian dan cara memberus gigi diberikan oleh pegawai dari Klinik Pergigian  Bangsar.


Semua murid terlibat dalam Program Memberus Gigi pada setiap hari. Dalam pelancaran program ini menyaksikan semua guru SKB1 turut serta dalam aktiviti memberus gigi. 

Sebelum memberus gigi, murid dan guru ditunjukkan cara memberus gigi dengan betul. Aktiviti memberus gigi ini dijadikan rutin murid selepas makan pada waktu rehat.

LDP PdP Abad 21

Tempat: Makmal 1, SKB1
Masa   : 2.00 - 4.30 petang


Pelbagai aktiviti menarik dirasai oleh guru pada hari tersebut. Aktiviti tersebut amat bermanfaat dan sangat sesuai untuk digunapakai dalam pengurusan bilik darjah.


Puan Zaharah menyampaikan cenderamata kepada penceramah.

MINGGU TMK


 Ucapan oleh Cikgu Nurulhuda.






Gimik pelancaran Minggu TMK oleh Guru Besar SKB1.


Program Minggu TMK 2016:

- Sudut Info TMK
- Kuiz VLE-Frog
- Kuiz harian mengenai penggunaan komputer (Murid Tahap 1)
- Kuiz harian Trivia TMK (Murid Tahap 2)

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN 1/2016

Murid mengosongkan kelas dan bergerak untuk berkumpul di tempat yang selamat. Murid juga berjaya mencapai masa yang ditetapkan.





Cikgu Aravin memberikan taklimat berkaitan keselamatan kepada murid. 
 


PROGRAM BACAAN NILAM

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)


Anugerah Rakan Pembaca (Jan-Mac)
 

Tahniah kepada semua pemenang! 

Tepuk amai-amai,
 Belalang kupu-kupu;
Baca sampai pandai,
 Buku pelbagai ilmu.

Santan lemak manis,
 Santan kelapa muda;
Adik jangan nangis,
 Kalau emak suruh baca.

MINGGU PANITIA MATEMATIK

Aktiviti:

1. Sudut Minggu Matematik
2. Kuiz Sinar Pagi
3. Mobile Number (Tahun 1 dan 2)
4. Kuiz Matematik  (Tahun 3 dan 4)
5. Soduko (Tahun 5 dan 6)
6. Kuiz Buku (Tahap 1 dan 2)
7. Kira Pantas (Tahun 1 - 6)
8. Buku Sifir (Tahun 4 - 6)




Sabtu, 5 Mac 2016

TRANSFORMASI BILIK SPBT




Hasilnya =)






PEMERIKSAAN KESIHATAN PERGIGIAN 2016

 Murid sedang menjalani pemeriksaan.

SUKANTARA TAHUN 1 2016

TEMPAT: PADANG PANDU PUTERI, BRICKFIELDS
MASA   : 7.45 PAGI - 9.35 PAGI


Wajah-wajah ceria anak-anak SKBrickfields 1

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA

TARIKH  : 24 FEBRUARI 2016
TEMPAT  : DEWAN SK BRICKFIELDS 1

 Taklimat sebelum penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia
 

Sesi penyerahan wang bantuan

Selasa, 23 Februari 2016

MESYUARAT PENGURUSAN FAIL SPSK 1/ 2016

TARIKH   : 22 FEBRUARI 2015

HARI        : ISNIN

TEMPAT   : BILIK MESYUARAT SKB1




MINGGU PANITIA SAINS

TARIKH: 22 - 26 FEBRUARI 2016
 AKTIVITI: TAHAP 1. Melabel dan mewarna TAHAP 2. Kuiz Sains, soalan KBAT, membina roket air, Magik Sains, pameran dan bengkel menjawab soalan.



Sabtu, 20 Februari 2016

ANDAI SEORANG GURU ....



 Andai seorang guru mengajar sambil duduk,

Murid belajar sambil mengantuk.



Andai seorang guru mengajar sambil berlakon,

Murid belajar dengan tekun.



Andai seorang guru mengajar tanpa alat,

Murid belajar dengan ralat.



Andai seorang guru mengajar banyak bercakap,

Ada murid bertambah gagap.



Andai seorang guru menjadi pemudah cara,

Ramai murid petah berbicara.



Andai seorang guru mengajar tanpa menilai,

Tak akan tahu murid lemah dan pandai.



Andai seorang guru berbudi bahasa,

Dikenang murid sepanjang masa.

KURSUS KEPIMPINAN

Kumpulan sasaran:  
  • Pengawas Sekolah  
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)  
  • Pengawas Sukan  
  • Pengawas Buku Teks (SPBT)  
  • Ketua Kelas  
  • Penolong Ketua Kelas   






Moga dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik.

MINGGU PANITIA BAHASA MALAYSIA

Tarikh: 18 Januari 2016 (Isnin)

Aktiviti yang dijalankan ....Ejaan Jala, Melafazkan Pantun, Cari Perkataan Tersembunyi, Teka Silang Kata, Mendeklamasikan Sajak, Cerita Pendek, Pertandingan Mengarang, Pertandingan Bercerita. Tema - Bahasa Disanjung Ilmu Dijunjung.



PELANCARAN PROGRAM NILAM




Apa itu NILAM?
 
  ‘NILAM’ bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
   Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
MENGAPA?
   Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.
 
OBJEKTIF
  • Menjadikan murid banyak membaca.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
 
PELAKSANAAN NILAM
   Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod. 


Majlis Pelancaran Program NILAM SK Brickfields (1) 2016

Pelancaran Program NILAM
 

 Adik Nor Aliah Madhiah dari Kelas 3 Cemerlang menyampaikan cerita kisah haiwan.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Aktiviti:
- Perarakan mengikut kelas
- Selawat 
- Ceramah