Selamat Datang

Selasa, 23 Februari 2016

MESYUARAT PENGURUSAN FAIL SPSK 1/ 2016

TARIKH   : 22 FEBRUARI 2015

HARI        : ISNIN

TEMPAT   : BILIK MESYUARAT SKB1




MINGGU PANITIA SAINS

TARIKH: 22 - 26 FEBRUARI 2016
 AKTIVITI: TAHAP 1. Melabel dan mewarna TAHAP 2. Kuiz Sains, soalan KBAT, membina roket air, Magik Sains, pameran dan bengkel menjawab soalan.



Sabtu, 20 Februari 2016

ANDAI SEORANG GURU ....



 Andai seorang guru mengajar sambil duduk,

Murid belajar sambil mengantuk.



Andai seorang guru mengajar sambil berlakon,

Murid belajar dengan tekun.



Andai seorang guru mengajar tanpa alat,

Murid belajar dengan ralat.



Andai seorang guru mengajar banyak bercakap,

Ada murid bertambah gagap.



Andai seorang guru menjadi pemudah cara,

Ramai murid petah berbicara.



Andai seorang guru mengajar tanpa menilai,

Tak akan tahu murid lemah dan pandai.



Andai seorang guru berbudi bahasa,

Dikenang murid sepanjang masa.

KURSUS KEPIMPINAN

Kumpulan sasaran:  
  • Pengawas Sekolah  
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)  
  • Pengawas Sukan  
  • Pengawas Buku Teks (SPBT)  
  • Ketua Kelas  
  • Penolong Ketua Kelas   






Moga dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik.

MINGGU PANITIA BAHASA MALAYSIA

Tarikh: 18 Januari 2016 (Isnin)

Aktiviti yang dijalankan ....Ejaan Jala, Melafazkan Pantun, Cari Perkataan Tersembunyi, Teka Silang Kata, Mendeklamasikan Sajak, Cerita Pendek, Pertandingan Mengarang, Pertandingan Bercerita. Tema - Bahasa Disanjung Ilmu Dijunjung.



PELANCARAN PROGRAM NILAM




Apa itu NILAM?
 
  ‘NILAM’ bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
   Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
MENGAPA?
   Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.
 
OBJEKTIF
  • Menjadikan murid banyak membaca.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
 
PELAKSANAAN NILAM
   Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod. 


Majlis Pelancaran Program NILAM SK Brickfields (1) 2016

Pelancaran Program NILAM
 

 Adik Nor Aliah Madhiah dari Kelas 3 Cemerlang menyampaikan cerita kisah haiwan.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Aktiviti:
- Perarakan mengikut kelas
- Selawat 
- Ceramah








MESYUARAT AWAL TAHUN






Persediaan SK Brickfields (1) untuk sesi persekolahan 2016
- Kurikulum
- Kokurikulum
- Hal Ehwal Murid
- Mesyuarat Guru

Jumaat, 19 Februari 2016

SAJAK "GURU OH GURU"

Guru Oh Guru



Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.



Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetlaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakill seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.



Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.